Bantuan bahan promosi seperti

– animated banner

– viral video

– grafik untuk FB ads

– ayat-ayat promosi berserta link affiliate

disediakan HANYA perlu copy dan paste sahaja.

Terma dan Syarat Agen Dropship

Syarat menjadi agen dropship Anak Alidz

1. Warganegara Malaysia berumur 16 thn keatas.

2. Isi borang permohonan di laman web www.anakalidz.com.my dan membuat bayaran pendaftaran keahlian seumur hidup sebanyak RM550 RM250 (harga promosi untuk 55 agen pertama sahaja).

*Nota: RM200 akan dibayar balik sebagai insentif apabila agen mendapat tempahan pertama dalam masa 3 bulan selepas pendaftaran. RM200 ini akan dibayar sebaik sahaja kami menerima tempahan dari affiliate link agen.

3. Tujuan yuran keahlian adalah untuk memastikan permohonan agen dropship hanya untuk yang serius hendak berniaga sahaja dan bukan untuk mendapat harga murah semata-mata, ini akan menganggu kelancaran perniagaan ahli-ahli dropship sedia ada.

4. Keahlian agen dropship adalah TERHAD. Kami tidak mahu terlalu ramai agen di sebuah negeri atau kawasan. Ini bagi melindungi hak Pengedar SAH kami di kawasan dan negeri tersebut.

5. Permohonan akan diproses dalam tempoh 24jam. Agen yang berjaya akan dihubungi melalui email dan perlu membuat bayaran keahlian dalam masa 48jam. Jika tiada bayaran diterima dalam masa tersebut keahlian agen dropship akan dibatalkan dan akan diberikan kepada yang lebih serius.

**Nota: Maklumat akaun untuk bayaran keahlian akan diberikan bersama email permonohan yang berjaya.

6. Agen dropship dibenarkan menggunakan semua gambar produk dan mana-mana gambar yang terdapat di dalam laman web kami dengan syarat TIDAK melakukan SPAM (iklan yang tidak di undang) dengan gambar-gambar ini. Dan TIDAK DIBENARKAN menggunakan gambar-gambar ini untuk tujuan selain promosi produk Anak Alidz.

7. Agen bertangungjawab kepada setiap strategi pemasaran yang dilakukan, jika didapati melanggar syarat atau etika pemasaran, bayaran insentif RM200 tidak akan dibayar dan mungkin keahlian akan dilucutkan (bergantung kepada situasi kes).

8. Komisyen agen dropship berbeza-beza mengikut produk dan saiz, secara kasarnya komisyen agen dropship adalah dikira 20% daripada jumlah jualan.

Contoh: Jika ada pelanggan membeli dari affiliate link agen dropship pada harga RM148, komisyen yang diterima ialah RM29.60.

**Nota: Perkiraan ini HANYA sah untuk belian TANPA kupon.

9. Jika pelanggan membeli produk Anak Alidz mengunakan (tebus) mana-mana kupon diskaun, agen dropship akan menerima komisyen 10% daripada harga jualan.

Contoh: Harga jual RM148, pelanggan membeli dengan kupon potongan 25%, harga selepas potongan (diskaun) RM111. Oleh itu komisyen yang diterima agen dropship ialah RM11.10 (10% daripada harga diskaun RM111).

10. Semua sebut harga termasuk kos penghantaran (bayaran pos adalah percuma). Penghantaran akan dilakukan melalui Poslaju setiap hari kecuali cuti umum.

11. Semua urus niaga dalam Ringgit Malaysia (RM).

12. Jika ada sebarang masalah mengenai stok, agen boleh mengarahkan pelanggan/pembeli menghantar terus kepada kami. Setelah menerima produk tersebut, kami akan kembalikan wang kepada pembeli dan komisyen agen akan ditolak. Kos penghantaran ini ditanggung oleh pembeli 100%.

13. Pertukaran saiz bergantung kepada stok. Kos penghantaran penukaran saiz ini ditanggung oleh pembeli 50%, dan kos penghantaran semula (50%) ditanggung oleh pihak syarikat.

14. Terma dan syarat ini tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah TANPA notis pada bila-bila masa mengikut keperluan dan kepentingan agen dengan budi bicara pihak syarikat.

daftarhariini

Sila isi borang pendaftaran di bawah:

    • Masukkan nama dan email pada borang di bawah.
    • Masukkan juga maklumat lain seperti no IC, no Tel, Nama Syarikat (jika ada), URL FB page (jika ada) yang dirasakan perlu di ruangan yang disediakan dan klik [Daftar].
    • Setelah Daftar anda perlu ‘confirm’kan alamat email terlebih dahulu, sila semak email ‘inbox’ atau ‘spam’ anda untuk tindakan seterusnya (kekadang email masuk spam).
    • Permohonan anda HANYA akan diproses sebaik pengesahan email dibuat. Tunggu email yang seterusnya daripada kami.








Borang Pendaftaran Agen Dropship Anak Alidz

Logo Anak Alidz